Tuesday 26 February 2013

Harga Promosi Tahap Gaban untuk Workshop Strategi 5B V3!


Harga Promosi workshop Strategi 5B musim ke-3 akan ditamatkan pada 28hb Feb 2013 , harga hari ini sehingga lusa ialah RM297 sahaja dan selepas ini harga akan dinaikan ke harga RM397 sehingga 30 March 2013.

Kenapa harga ditawarkan sangat rendah berbanding sebelum ini?

Tujuannya adalah untuk membantu pelabur-pelabur Emas mempelajari strategi mendapat keuntungan pada tahun 2013 ini.

Tahukah anda ? Ramai yang mengalami kerugian pada tahun 2012 , ramai juga yang emasnya terpaksa dilelong di arrahnu kerana tidak mampu membayar upah simpan!

Ramai juga yang masih tidak mengetahui bahawa ar rahnu merupakan tempat memajak emas dan bukanlah tempat menyimpan emas! Disebabkan salah faham ini , maka terpaksalah mereka membayar upah simpan setiap bulan, sedangkan jika disimpan di peti simpanan, bayaran cuma sekali setiap tahun.

Jadi jika anda ingin belajar strategi pelaburan emas dan perak yang mudah tapi menguntungkan, datanglah ke workshop Strategi 5B dan daftar hari ini dengan harga rendah..! 

Segera klik di sini: www.Strategi5B.com


Wednesday 2 January 2013

Strategi Pelaburan Emas 2013 Gaya 5B

Tips percuma untuk kalian merangka strategi pelaburan berdasarkan graf harga Emas.
Untuk makluman, graf harga Emas ini serta tutorial penggunaannya akan berikan secara percuma kepada semua peserta Workshop Strategi 5B V3.0

STRATEGI PELABURAN EMAS 2013
  1. Buat belian kali – 1 dengan mula beli emas sekarang iaitu pada harga sekitar $1650-1660 Dollar per oz
  2. Jika selepas anda beli harga terus naik ke paras sekitar $1900 dollar per oz (Anak panah sebelah atas), anda boleh jual kembali kepada Public Gold dan raih keuntungan bersih sekitar 7-8%
  3. Jika selepas anda beli harga turun lagi ke paras harga sekitar $1550 dollar per oz, buat belian kali ke – 2, sama ada menggunakan modal tambahan yang baru ATAU dengan cara menggadaikan Emas belian – 1 tadi dan gunakan tunai dari gadaian itu untuk membeli emas kali ke – 2
  4. Jika selepas belian kali ke -2 harga terus naik ke paras sekitar $1800 dollar per oz (Anak panah sebelah bawah), anda boleh jual segera Emas yang dibeli kali ke – 2 tadi dengan keuntungan sekitar 5-6%
  5. Selepas jual belian ke – 2, sila tebus kembali emas yang dibeli kali – 1 tadi dan pegang di tangan serta perhatikan pergerakan harga Emas seterusnya.
Maka, inilah strategi pelaburan emas saya pada awal tahun 2013 ini. Strategi ini akan diajar lebih mendalam kepada para peserta Workshop Strategi 5B v3.0.

Friday 9 November 2012

Workshop Strategi 5B versi 3.0



Atas permintaan ramai, bermula bulan November 2012 ini Sifu Faizan akan mengadakan Bengkel Strategi 5B versi ke 3 (v3.0), seperti yang pernah diadakan di seluruh Malaysia bermula Disember 2011 hingga Jun 2012 yang lalu. 

Pada Disember 2011 hingga Mac 2012, sifu Faizan bersama Pokli bersama-sama mengendalikan versi 1, dan bermula April sehingga Jun 2012 diteruskan dengan versi 2 dengan slot tambahan yang dikendalikan oleh En Syukor Hashim sebelum dihentikan seketika untuk mendapatkan maklumbalas dan menaiktaraf kandungan slot.

Seramai lebih kurang 500 orang peserta dari setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, dan peserta dari luar negara yang pernah menyertai bengkel ini adalah dari Brunei. 

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini kami mendapat maklumbalas yang amat positif daripada mereka, bahkan setiap kali bengkel berlangsung, kebanyakan peserta sangat teruja dan tidak pernah terfikir dengan Strategi yang dikongsikan.


Testimoni peserta dari Brunei


Testimoni Peserta dari Kuching


Testimoni Peserta dari Kuantan




1- Bengkel “Strategi 5B”?
Strategi 5B adalah satu strategi khusus untuk pelabur Emas dan Silver fizikal dimana ianya merangkumi 5 kaedah unik yang telah dipermudahkan bagi kefahaman dan penguasaan menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat dan peringkat usia.

2- Apakah kaedah-kaedah unik tersebut?
Ianya adalah kaedah yang membantu anda mengenalpasti 5 peluang penting pelaburan, iaitu

  1. Bila Nak Beli
  2. Bila Nak Jual
  3. Berapa Banyak Nak Beli
  4. Berapa Banyak Nak Jual
  5. Bila Nak Beli Semula


3- Adakah Strategi 5B ini sama seperti Analisis Teknikal?

Tidak sama sekali. Dalam menganalisis pasaran, ada 4 perkara yang perlu dikuasai, iaitu;

  1. Analisis Teknikal
  2. Analisis Fundamental
  3. Pengurusan Kewangan
  4. Pengurusan / Kawalan Emosi

Dalam strategi 5B ini, keempat-empat perkara diatas telah dipermudahkan dan dicompile menjadi satu Strategi Taktikal yang amat mudah difahami dan dikuasai hanya menggunakan beberapa formula pengiraan sahaja.
Dengan strategi ini juga, semakin banyak harga Emas turun, maka semakin banyak keuntungan yang diperolehi menyebabkan pelabur yang mempraktikkan strategi ini tidak akan risau dengan penurunan harga kerana ianya adalah bonus untuk keuntungan yang lebih banyak.
Strategi ini sesuai dan menguntungkan baik untuk Dealer ataupun bukan Dealer, tetapi ia akan memberi lebih banyak kelebihan kepada Dealer kerana % komisyen yang diperolehi akan memberikan keuntungan yang lebih tinggi.

4- Siapa Yang Perlu Hadir Bengkel Strategi 5B ini?
Mereka yang mahukan pendapatan pasif dari pelaburan Emas & Perak fizikal.
Mereka yang mahukan Aliran Tunai yang positif dalam pelaburan
Emas & Perak.
Mereka yang mahu meraih keuntungan ketika harga turun ataupun naik.
Mereka yang mahu meraih keuntungan berulang kali dalam pergerakan harga yang volatile.
Sesiapa sahaja yang serius dalam Simpanan dan Pelaburan Emas dan Perak fizikal.

5- Apa Keistimewaan Bengkel Strategi 5B v3.0 ni?
Untuk sesi kali ini saya akan mengadakan satu slot baru iaitu “Simulasi Trading” dimana pada sesi pagi para peserta akan didedahkan dengan teori strategi 5B terlebih dahulu dan seterusnya pada sesi petang para peserta akan menjalani sesi latihan praktikal berdasarkan harga emas sebenar.

6- Bagaimana Cara Untuk Menyertainya?
Anda hanya perlu klik pada Banner Grafik ini dan ikuti langkah berikutnya.