Thursday 22 December 2011

ALERT: Perubahan lokasi Seminar di Kuantan pada 31/12/2011

Training & Coaching Strategi 5B Musim 1 Sesi 4 akan ditukarkan lokasi dari Vistana Hotel kepada The Zenith Hotel, dan hanya 1 hari sahaja pada 31hb Dis 2011 bermula jam 9 pagi hingga 10 malam. Masih ada 10 tempat (pada masa entry blog ini ditaip), sila daftar segera ye di talian 019-2898916 (Pian K)! Sila nyatakan nama penuh, emel, lokasi Seminar
 Layari laman web Zenith Hotel, Kuantan

Siapa Yang Perlu Hadir Ke Training & Coaching Strategi 5B ini?

  • Mereka yang mahukan pendapatan pasif dari pelaburan Emas & Perak fizikal.
  • Mereka yang mahukan Aliran Tunai yang positif dalam pelaburan Emas & Perak.
  • Mereka yang mahu meraih keuntungan ketika harga turun ataupun naik.
  • Mereka yang mahu meraih keuntungan berulang kali dalam pergerakan harga yang volatile.

Adakah kaedah Strategi 5B ini sama seperti Analisis Teknikal?

Tidak sama sekali. Dalam menganalisis pasaran, ada 4 perkara yang perlu dikuasai, iaitu;
  • Analisis Teknikal
  • Analisis Fundamental
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan / Kawalan Emosi
Dalam Strategi 5B ini, keempat-empat perkara diatas telah dipermudahkan dan dikompilasikan menjadi satu Strategi Taktikal yang amat mudah difahami dan dikuasai hanya menggunakan beberapa formula pengiraan sahaja.



Dengan strategi ini juga, semakin banyak harga Emas turun, maka semakin banyak keuntungan yang diperolehi menyebabkan pelabur yang mempraktikkan strategi ini tidak akan risau dengan penurunan harga kerana ini adalah bonus untuk keuntungan yang lebih banyak.

Strategi ini sesuai dan menguntungkan baik untuk Dealer PG ataupun bukan Dealer PG, tetapi KELEBIHAN adalah kepada Dealer kerana % komisyen yang diperolehi akan memberikan keuntungan yang lebih tinggi.



Wednesday 21 December 2011

Apakah manfaatnya mengetahui kelima-lima kaedah Strategi 5B ini?

Dalam pelaburan Emas & Perak fizikal, konsep pelaburannya boleh dikategorikan kepada 4 bahagian, iaitu :
  1. Konsep pelaburan melalui simpanan secara berkala dan konsisten, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).
  2. Konsep pelaburan bermatlamat, pulangannya melalui kenaikan nilai semasa (Capital Gain).
  3. Konsep Trading, pulangannya melalui kenaikan harga semasa (Buy Low, Sell High).
  4. Konsep pelaburan melalui modal pinjaman tunai, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).
Dalam kebanyakan masa, para pelabur lebih cenderung kepada Konsep Trading, kerana cara ini memberikan Aliran Tunai yang baik dan juga memberikan keuntungan dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Saudara Faizan sendiri dalam kebanyakan masa mempraktikkan konsep ini. Namun masalah yang dihadapi oleh para pelabur lain adalah mereka gagal meraih keuntungan daripada konsep ini kerana bila mereka mula membeli, harganya tiba-tiba turun pula disebabkan mereka tidak tahu "Bila Nak Beli".

Ada yang membeli pada harga rendah, dan apabila harga Emas naik, sepatutnya mereka dah untung jika mereka menjualnya, tapi tak sempat jual harga dah turun semula disebabkan mereka tak tahu "Bila Nak Jual".



Lebih parah lagi, kegagalan mengurus modal kewangan untuk mempraktikkan konsep ini, akan menyebabkan mereka tidak tahu "Berapa Banyak Nak Beli". Justeru, bila harga Emas tiba-tiba turun, belian pertama dengan jumlah yang paling bayak digadaikan dan digunakan untuk membuat belian tambahan ketika harga rendah. Bila turun lagi, ia digadaikan lagi menyebabkan lama kelamaan belian pada harga paling rendah semakin kecil. Ini membuatkan pelaburan Emas fizikal yang sepatutnya tidak menggunakan Margin Equity, kini menjadi pelaburan yang menggunakan Margin Equity dan setiap kali harga Emas turun, Equity mereka semakin susut!

Kegagalan mengurus modal kewangan dalam konsep ini juga mengakibatkan ramai yang tidak tahu "Berapa Banyak Nak Jual". Biasanya mereka akan menjualkan kesemuanya sekaligus, dan kesannya mengakibatkan persoalan pada B yang ke lima iaitu;

"Bila Nak Beli Semula", kerana bila semuanya telah dijual, dan harga terus menerus naik, maka mereka bukan sahaja tiada untung jika ingin membeli lagi, bahkan mereka perlu menambah wang lagi untuk membeli dalam kadar yang sama seperti sebelumnya.

Bukan itu sahaja, "Bila Nak Beli Semula" juga sangat mengelirukan dalam situasi harga Emas sedang turun. Kebanyakan pelabur membeli semula setiap kali harga Emas turun RM1, RM2 dan RM3, menjadikan bila harga menjunam turun sampai RM50, mereka dah kehabisan modal untuk membeli lagi.


Apakah kaedah-kaedah unik dalam Strategi 5B?

Ianya adalah kaedah untuk mengenalpasti;
  • - Bila Nak Beli
  • - Bila Nak Jual
  • - Berapa Banyak Nak Beli
  • - Berapa Banyak Nak Jual
  • - Bila Nak Beli Semula

Anda tentu biasa dgn Strategi begini.. tapi ini adalah Kamikaze!

Monday 19 December 2011

Salam Perkenalan daripada admin Microsite Seminar Strategi 5B

Salam Sejahtera kepada para pembaca laman microsite untuk seminar Strategi 5B yang diperkayakan oleh 2 sifu terhebat Public Gold iaitu Master Dealer Faizan (aka Pelabur Jutawan) dan juga Master Dealer Fazli (aka Pokli).

Saya (Pian K) adalah peserta sesi pertama seminar Strategi 5B yang telah diadakan buat julung-julung kalinya di Palm Garden Hotel, Putrajaya pada 10 - 11 Disember 2011.

Dalam gambar di bawah ni, saya berdiri di sebelah kiri sekali ya :)