Friday 9 November 2012

Workshop Strategi 5B versi 3.0



Atas permintaan ramai, bermula bulan November 2012 ini Sifu Faizan akan mengadakan Bengkel Strategi 5B versi ke 3 (v3.0), seperti yang pernah diadakan di seluruh Malaysia bermula Disember 2011 hingga Jun 2012 yang lalu. 

Pada Disember 2011 hingga Mac 2012, sifu Faizan bersama Pokli bersama-sama mengendalikan versi 1, dan bermula April sehingga Jun 2012 diteruskan dengan versi 2 dengan slot tambahan yang dikendalikan oleh En Syukor Hashim sebelum dihentikan seketika untuk mendapatkan maklumbalas dan menaiktaraf kandungan slot.

Seramai lebih kurang 500 orang peserta dari setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, dan peserta dari luar negara yang pernah menyertai bengkel ini adalah dari Brunei. 

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini kami mendapat maklumbalas yang amat positif daripada mereka, bahkan setiap kali bengkel berlangsung, kebanyakan peserta sangat teruja dan tidak pernah terfikir dengan Strategi yang dikongsikan.


Testimoni peserta dari Brunei


Testimoni Peserta dari Kuching


Testimoni Peserta dari Kuantan




1- Bengkel “Strategi 5B”?
Strategi 5B adalah satu strategi khusus untuk pelabur Emas dan Silver fizikal dimana ianya merangkumi 5 kaedah unik yang telah dipermudahkan bagi kefahaman dan penguasaan menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat dan peringkat usia.

2- Apakah kaedah-kaedah unik tersebut?
Ianya adalah kaedah yang membantu anda mengenalpasti 5 peluang penting pelaburan, iaitu

  1. Bila Nak Beli
  2. Bila Nak Jual
  3. Berapa Banyak Nak Beli
  4. Berapa Banyak Nak Jual
  5. Bila Nak Beli Semula


3- Adakah Strategi 5B ini sama seperti Analisis Teknikal?

Tidak sama sekali. Dalam menganalisis pasaran, ada 4 perkara yang perlu dikuasai, iaitu;

  1. Analisis Teknikal
  2. Analisis Fundamental
  3. Pengurusan Kewangan
  4. Pengurusan / Kawalan Emosi

Dalam strategi 5B ini, keempat-empat perkara diatas telah dipermudahkan dan dicompile menjadi satu Strategi Taktikal yang amat mudah difahami dan dikuasai hanya menggunakan beberapa formula pengiraan sahaja.
Dengan strategi ini juga, semakin banyak harga Emas turun, maka semakin banyak keuntungan yang diperolehi menyebabkan pelabur yang mempraktikkan strategi ini tidak akan risau dengan penurunan harga kerana ianya adalah bonus untuk keuntungan yang lebih banyak.
Strategi ini sesuai dan menguntungkan baik untuk Dealer ataupun bukan Dealer, tetapi ia akan memberi lebih banyak kelebihan kepada Dealer kerana % komisyen yang diperolehi akan memberikan keuntungan yang lebih tinggi.

4- Siapa Yang Perlu Hadir Bengkel Strategi 5B ini?
Mereka yang mahukan pendapatan pasif dari pelaburan Emas & Perak fizikal.
Mereka yang mahukan Aliran Tunai yang positif dalam pelaburan
Emas & Perak.
Mereka yang mahu meraih keuntungan ketika harga turun ataupun naik.
Mereka yang mahu meraih keuntungan berulang kali dalam pergerakan harga yang volatile.
Sesiapa sahaja yang serius dalam Simpanan dan Pelaburan Emas dan Perak fizikal.

5- Apa Keistimewaan Bengkel Strategi 5B v3.0 ni?
Untuk sesi kali ini saya akan mengadakan satu slot baru iaitu “Simulasi Trading” dimana pada sesi pagi para peserta akan didedahkan dengan teori strategi 5B terlebih dahulu dan seterusnya pada sesi petang para peserta akan menjalani sesi latihan praktikal berdasarkan harga emas sebenar.

6- Bagaimana Cara Untuk Menyertainya?
Anda hanya perlu klik pada Banner Grafik ini dan ikuti langkah berikutnya.

Sunday 4 November 2012

Bengkel Strategi 5B kini kembali untuk Musim ke-3!

Salam semua kepada para Pelabur Emas & Perak.

Yang dinanti-nantikan akhirnya tiba juga. Workshop Strategi 5B V3 kembali dengan kandungan yang lebih dinamis, mantap dan penuh bertenaga.


  1. Panduan Memasang Platform Emas dan Perak Trade ********** yang memang terhebat!
  2. Panduan Memajak Emas dengan cara dan masa yang sepatutnya
  3. Panduan menggunakan Platform 'Live Price' dari website gold*****.org
  4. Asas Analisis Teknikal Harga Emas/Perak & Teknik Trading
  5. Simulasi Pelaburan Emas dan Perak secara Praktikal
Klik banner di bawah ini sekarang untuk pendaftaran. Tempat amatlah TERHAD kerana permintaan terhadap Workshop ini amat tinggi!


Thursday 19 April 2012

Alert 5B Shah Alam: Penundaan ke tarikh baru 12-13 Mei 2012

Salam hormat buat semua bakal alumni 5B sesi Shah Alam.

Pengumuman PENTING

Oleh kerana akan adanya perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 Apr 2012 di Kuala Lumpur yg mana bertembung pula dgn jadual asal sesi bengkel 5B Shah Alam pada 28-29 Apr 2012, maka keputusan terpaksa diambil utk menunda sesi ini ke tarikh baru iaitu 12-13 Mei 2012 (Sabtu & Ahad).

Berdasarkan pengalaman yg lepas2, pada hari berlakunya perhimpunan BERSIH, terdapat kesukaran perjalanan di kawasan lembah Klang disebabkan oleh sekatan pihak berkuasa di merata tempat. Berikutan situasi sedemikian, terdapat byk program yg telah diatur terpaksa ditunda pada hari berlangsung krn tak ramai hadir ataupun program bermula lewat. 

Penundaan ini juga adalah rahmat buat sesi 5B Alor Setar yg terpaksa dianjakkan ke tarikh 27-28 Apr 2012 memandangkan tahap kesehatan sifu Faizan yg belum pulih sepenuhnya drpd jangkitan Ulser utk minggu ini.

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yg berhak menentukan. Sudah pasti ada hikmah di sebalik hal2 yg berlaku.

Bagi pihak Sekretariat 5B, maaf dipinta utk segala kesulitan yg dihadapi. 

Nota: Sila add saya di Facebook (Pian Kay) utk berita2 terkini & pantas berkenaan 5B

Wednesday 18 April 2012

Alert 5B Alor Setar: Penundaan ke tarikh baru 27-28 April 2012

Pengumuman PENTING.

Memandangkan tahap kesehatan sifu Faizan yg masih belum pulih sepenuhnya drpd jangkitan Ulser, maka keputusan terpaksa diambil utk menganjakkan sesi bengkel Strategi 5B Alor Setar yg sepatutnya minggu ini 20-21 Apr 2012 ke tarikh baru iaitu minggu depan 27-28 Apr 2012 (Jumaat & Sabtu). Lokasi hotel masih sama iaitu Hotel Regency (http://www.theregency.com.my/AlorStar/AlorStarAS.htm).

Boleh rujuk org kuat 5B Wilayah Utara iaitu En Huzaifah (contact 012-4486940) utk panduan lokasi hotel. Beliau akan mengetuai krew 5B utk sesi ini.

Sama2 kita berdoa moga sifu Faizan sehat walafiat & cargas kembali utk meneruskan perjuangan 5B. Tak lupa juga sifu2 yg lain supaya sehat & sejahtera.

Kita mampu merancang, hanya Allah yg berhak menentukan. Sudah pasti semuanya ada hikmah yg terselindung.

Bagi pihak Sektariat 5B, maaf atas kesulitan yg dihadapi.

Sunday 4 March 2012

Lokasi & Tarikh Seminar Strategi 5B V2.0 bulan ini (Mac 2012)

Bakal Alumni 5B!


Harap maklum maklumat berikut ya:


1. Wilayah Pantai Timur - Kuantan, Pahang.
    Lokasi: Hotel Vistana, Kuantan (www.vistanahotels.com/vkn_main.php)
    Tarikh: 17 - 18 Mac 2012 (Sabtu hingga Ahad)
    Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang (Pendaftaran jam 8.30 pagi)


2. Wilayah Tengah - Nilai, Negeri Sembilan Salak Tinggi (Sepang), Selangor
    Lokasi: Hotel Allson Klana, Nilai (Putra Nilai) Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (http://www.empresshotelsepang.com/location.html)
    Tarikh: 24 - 25 Mac 2012 (Sabtu hingga Ahad)
    Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang (Pendaftaran jam 8.30 pagi)


Peringatan: Sila datang awal serta pastikan anda tahu cara perjalanan ke lokasi seminar ya. Masa itu EMAS!


Harga? RM 599 sahaja untuk sesi hebat bersama 3 sifu terbaik iaitu Mahaguru Syukor Hashim (www.jutawanemas.com), Faizan Dasuki (www.pelaburjutawan.com) dan Fazli (www.pokli.com). Termasuk minum pagi, makan tengah hari dan minum petang untuk 2 hari penuh :)


Bagaimana untuk sertai Strategi 5B ini?


1. Sila klik banner di bawah ini & ikuti langkah-langkah dalam laman tersebut:





atau
2. Hubungi saya di talian hangat 5B iaitu 019-2898916 atau emel ke strategi5B[at]gmail.com

Tuesday 28 February 2012

Sesi Seminar Strategi 5B V2.0 utk bulan Mac 2012 kini dibuka utk pendaftaran!

Salam Sejahtera kepada anda semua.. bakal alumni Strategi 5B :)

Berita baik!!

Bagi yang tidak berkesempatan hadir seminar Strategi 5B untuk bulan Februari 2012, anda masih berpeluang untuk hadir untuk sesi bulan Mac 2012. Berikut jadual tentatif:
  • 17 - 18 Mac 2012 di Kuantan (Lokasi hotel akan ditentukan)
  • 24 - 25 Mac 2012 di Nilai (Lokasi hotel akan ditentukan)
  • April 2012 di Alor Setar (pendaftaran akan dibuka tak lama lagi tau)
Berita lagi baik!!!

Pendaftaran SEBELUM 1 Mac 2012 hanya perlu bayar RM399 (tawaran istimewa Early Bird) Mulai 1 Mac 2012, harga kos bengkel 5B akan dinaikkan jadi RM599 ya! Jangan kata saya tak bagitau pula ;)


Bagaimana untuk mendaftar?

1. Sila klik banner di bawah ini dan ikuti langkah-langkah dalam laman tersebut:




atau

2. Hubungi saya di talian 019-2898916 atau emel strategi5b[at]gmail.com


Thursday 23 February 2012

Alert 5B: Item untuk dibawa ke sesi Seminar

Assalamualaikum bakal Alumni Strategi 5B.

  Tinggal beberapa ketika saja lagi untuk hari yang ditunggu-tunggu 

Sila bawa item berikut ke Seminar Strategi 5B Sabtu ini di lokasi:


  1.  Slip bayaran asal -> ni tiket nak masuk dewan seminar ;)
  2.  Laptop sendiri (windows)
  3.  Power extension plug sendiri (kat hotel maybe tak cukup)
  4.  Broadband sendiri (kalau guna common wifi, confirm slow sebab ramai yang access)
  5.  Kalkulator (amat digalakkan, sebab nak cepat kira untung hehe)
  6.  Buku nota (untuk salin tips2 rahsia) 
  7.  Baju sejuk (penangan air-cond turbo hotel)
  8.  Tubuh badan yang sehat :)
  9.  Minda yang cerdas :)


Jumpa anda di sana!

Friday 10 February 2012

Fenomena Strategi 5B V2.0 Bakal Melanda Negara Bermula Februari 2012!!!

Salam semua.
Jadual seminar bagi bulan Feb 2012 spt berikut:
Harga seminar Strategi 5B sekarang adalah RM599 ya. (Siapa mendaftar sebelum 1 Feb 2012 hanya perlu bayar sebanyak RM399 sahaja -> tawaran Early Bird Booking, bukan angry bird yek hehe)

Siapa bayar dulu dia dapat join, seminar terhangat tahun ini. Sila hubungi saya di talian 019-2898.916 utk pendaftaran atau info lanjut.

Bayaran ke akaun berikut :

Maybank 5120 5300 6494 (Tune Profit Network)
Public Bank 3987 6849 30 (Tune Profit Network)

Selepas bayaran dibuat, sila emelkan slip bayaran ke strategi5B@gmail.com beserta Nama, No IC, No HP dan Lokasi yang ingin anda hadiri.

Jumpa disana ye!

TENTATIF BENGKEL STRATEGI 5B V2.0

Hari Pertama, Sabtu.

9.00 Pagi - 9.30 Pagi.
Pendaftaran dan Sesi Suai Kenal

9.30 Pagi - 10.30 Pagi
Training dan Coaching Strategi Pelaburan Emas dan Perak 5B (I).
Speaker/Trainer ~ Mohd Faizan @ Founder Strategi 5B & Founder www.pelaburjutawan.com.

10.30 Pagi - 11.00 Pagi
Minum Pagi

11.00 Pagi - 12.30 Petang
Training dan Coaching Strategi Pelaburan Emas dan Perak 5B (II).
Speaker/Trainer ~ Mohd Faizan @ Founder Strategi 5B & Founder www.pelaburjutawan.com.

12.30 - 1.45 Petang
Makan Tengahari dan Solat

2.00 Petang - 5.00 Petang
Training dan Coaching Strategi Pelaburan Emas dan Perak 5B (II!).
Speaker/Trainer ~ Mohd Faizan @ Founder Strategi 5B & Founder www.pelaburjutawan.com.

5.00 Petang
Minum Petang dan Bersurai
__________________________________________________________________________________

Hari Kedua, Ahad.

9.00 Pagi - 10.30 Pagi
Rahsia Mencapai Kebebasan Kewangan
Speaker/Trainer ~ Mohd Fazli Ismail aka Pokli @ Founder www.pokli.com.

10.30 - 11.00 Pagi
Minum Pagi

11.00 Pagi - 12.30 Petang
Advance Public Gold Dealer Training
Speaker/Trainer ~ Mohd Fazli Ismail aka Pokli @ Founder www.pokli.com.

12.30 - 1.45 Petang
Makan Tengahari dan Solat

2.00 Petang - 4.30 Petang
"Secret Journey From Nothing To Everything" serta Tips & Rahsia Kejayaan Perniagaan & Pelaburan di Public Gold
Speaker/Trainer ~ Mahaguru Syukor Hashim @ Founder www.jutawanemas.com.

4.30 Petang - 5.30 Petang
Review Bengkel & Testimoni / Sesi Bergambar

6.00 Petang
Bersurai

Wednesday 1 February 2012

Emas emas juga, Perak jangan lupa!

Kalau anda masih belum membeli Silver, masih belum terlambat jika anda membeli skrg, sejak 30 hari yg lalu, kenaikan harga Silver telah mencecah 19.2%...tidak mustahil jika Silver terus mendaki sehingga mencapai kenaikan sebanayak 70-80% pd tahun ini.


Saya doakan semoga anda bertambah kaya dan berjaya dalam pelaburan ini..! :)


Sila klik iklan di bawah ini untuk daftar menyertai seminar Strategi 5B:

Friday 13 January 2012

Pemberitahuan

Salam semua.

Diam tak diam, sesi Training & Coaching utk Strategi 5B ini akan menjelajah pula negeri Hang Tuah minggu ini. Ini adalah sesi ke-6 utk musim seminar Pertama.

Musim Pertama ini hanya berbaki lagi 2 sesi iaitu seperti berikut:
  • Ipoh : 21-22 Jan 2012
  • Kuala Terengganu: 27-28 Jan 2012
Musim ke-2 yakni V2 akan membadai mulai Feb 2012.

Tuesday 10 January 2012

ALERT: Lokasi Seminar 5B kini di Melaka (Tukar venue ke Avillion Legacy Melaka)


Berminat untuk sertai? Sila hubungi saya di talian 019-2898916 (Pian K) dengan segera. Siapa bayar dulu dia dapat! :)

Wednesday 4 January 2012

ALERT: Lokasi Seminar 5B di Hotel Renaissance, Kota Bharu


Minggu ini Strategi 5B akan mendarat di negeri Kelantan Darul Naim. Berminat tapi belum mendaftar? Sila hubungi saya utk dapatkan status kekosongan di talian 019-2898.916 (Pada masa entry blog ini ditaip masih ada 5 tempat kosong)