Friday 9 November 2012

Workshop Strategi 5B versi 3.0



Atas permintaan ramai, bermula bulan November 2012 ini Sifu Faizan akan mengadakan Bengkel Strategi 5B versi ke 3 (v3.0), seperti yang pernah diadakan di seluruh Malaysia bermula Disember 2011 hingga Jun 2012 yang lalu. 

Pada Disember 2011 hingga Mac 2012, sifu Faizan bersama Pokli bersama-sama mengendalikan versi 1, dan bermula April sehingga Jun 2012 diteruskan dengan versi 2 dengan slot tambahan yang dikendalikan oleh En Syukor Hashim sebelum dihentikan seketika untuk mendapatkan maklumbalas dan menaiktaraf kandungan slot.

Seramai lebih kurang 500 orang peserta dari setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, dan peserta dari luar negara yang pernah menyertai bengkel ini adalah dari Brunei. 

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini kami mendapat maklumbalas yang amat positif daripada mereka, bahkan setiap kali bengkel berlangsung, kebanyakan peserta sangat teruja dan tidak pernah terfikir dengan Strategi yang dikongsikan.


Testimoni peserta dari Brunei


Testimoni Peserta dari Kuching


Testimoni Peserta dari Kuantan




1- Bengkel “Strategi 5B”?
Strategi 5B adalah satu strategi khusus untuk pelabur Emas dan Silver fizikal dimana ianya merangkumi 5 kaedah unik yang telah dipermudahkan bagi kefahaman dan penguasaan menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat dan peringkat usia.

2- Apakah kaedah-kaedah unik tersebut?
Ianya adalah kaedah yang membantu anda mengenalpasti 5 peluang penting pelaburan, iaitu

  1. Bila Nak Beli
  2. Bila Nak Jual
  3. Berapa Banyak Nak Beli
  4. Berapa Banyak Nak Jual
  5. Bila Nak Beli Semula


3- Adakah Strategi 5B ini sama seperti Analisis Teknikal?

Tidak sama sekali. Dalam menganalisis pasaran, ada 4 perkara yang perlu dikuasai, iaitu;

  1. Analisis Teknikal
  2. Analisis Fundamental
  3. Pengurusan Kewangan
  4. Pengurusan / Kawalan Emosi

Dalam strategi 5B ini, keempat-empat perkara diatas telah dipermudahkan dan dicompile menjadi satu Strategi Taktikal yang amat mudah difahami dan dikuasai hanya menggunakan beberapa formula pengiraan sahaja.
Dengan strategi ini juga, semakin banyak harga Emas turun, maka semakin banyak keuntungan yang diperolehi menyebabkan pelabur yang mempraktikkan strategi ini tidak akan risau dengan penurunan harga kerana ianya adalah bonus untuk keuntungan yang lebih banyak.
Strategi ini sesuai dan menguntungkan baik untuk Dealer ataupun bukan Dealer, tetapi ia akan memberi lebih banyak kelebihan kepada Dealer kerana % komisyen yang diperolehi akan memberikan keuntungan yang lebih tinggi.

4- Siapa Yang Perlu Hadir Bengkel Strategi 5B ini?
Mereka yang mahukan pendapatan pasif dari pelaburan Emas & Perak fizikal.
Mereka yang mahukan Aliran Tunai yang positif dalam pelaburan
Emas & Perak.
Mereka yang mahu meraih keuntungan ketika harga turun ataupun naik.
Mereka yang mahu meraih keuntungan berulang kali dalam pergerakan harga yang volatile.
Sesiapa sahaja yang serius dalam Simpanan dan Pelaburan Emas dan Perak fizikal.

5- Apa Keistimewaan Bengkel Strategi 5B v3.0 ni?
Untuk sesi kali ini saya akan mengadakan satu slot baru iaitu “Simulasi Trading” dimana pada sesi pagi para peserta akan didedahkan dengan teori strategi 5B terlebih dahulu dan seterusnya pada sesi petang para peserta akan menjalani sesi latihan praktikal berdasarkan harga emas sebenar.

6- Bagaimana Cara Untuk Menyertainya?
Anda hanya perlu klik pada Banner Grafik ini dan ikuti langkah berikutnya.

No comments:

Post a Comment