Thursday 19 April 2012

Alert 5B Shah Alam: Penundaan ke tarikh baru 12-13 Mei 2012

Salam hormat buat semua bakal alumni 5B sesi Shah Alam.

Pengumuman PENTING

Oleh kerana akan adanya perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 Apr 2012 di Kuala Lumpur yg mana bertembung pula dgn jadual asal sesi bengkel 5B Shah Alam pada 28-29 Apr 2012, maka keputusan terpaksa diambil utk menunda sesi ini ke tarikh baru iaitu 12-13 Mei 2012 (Sabtu & Ahad).

Berdasarkan pengalaman yg lepas2, pada hari berlakunya perhimpunan BERSIH, terdapat kesukaran perjalanan di kawasan lembah Klang disebabkan oleh sekatan pihak berkuasa di merata tempat. Berikutan situasi sedemikian, terdapat byk program yg telah diatur terpaksa ditunda pada hari berlangsung krn tak ramai hadir ataupun program bermula lewat. 

Penundaan ini juga adalah rahmat buat sesi 5B Alor Setar yg terpaksa dianjakkan ke tarikh 27-28 Apr 2012 memandangkan tahap kesehatan sifu Faizan yg belum pulih sepenuhnya drpd jangkitan Ulser utk minggu ini.

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yg berhak menentukan. Sudah pasti ada hikmah di sebalik hal2 yg berlaku.

Bagi pihak Sekretariat 5B, maaf dipinta utk segala kesulitan yg dihadapi. 

Nota: Sila add saya di Facebook (Pian Kay) utk berita2 terkini & pantas berkenaan 5B

No comments:

Post a Comment