Wednesday 21 December 2011

Apakah manfaatnya mengetahui kelima-lima kaedah Strategi 5B ini?

Dalam pelaburan Emas & Perak fizikal, konsep pelaburannya boleh dikategorikan kepada 4 bahagian, iaitu :
  1. Konsep pelaburan melalui simpanan secara berkala dan konsisten, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).
  2. Konsep pelaburan bermatlamat, pulangannya melalui kenaikan nilai semasa (Capital Gain).
  3. Konsep Trading, pulangannya melalui kenaikan harga semasa (Buy Low, Sell High).
  4. Konsep pelaburan melalui modal pinjaman tunai, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).
Dalam kebanyakan masa, para pelabur lebih cenderung kepada Konsep Trading, kerana cara ini memberikan Aliran Tunai yang baik dan juga memberikan keuntungan dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Saudara Faizan sendiri dalam kebanyakan masa mempraktikkan konsep ini. Namun masalah yang dihadapi oleh para pelabur lain adalah mereka gagal meraih keuntungan daripada konsep ini kerana bila mereka mula membeli, harganya tiba-tiba turun pula disebabkan mereka tidak tahu "Bila Nak Beli".

Ada yang membeli pada harga rendah, dan apabila harga Emas naik, sepatutnya mereka dah untung jika mereka menjualnya, tapi tak sempat jual harga dah turun semula disebabkan mereka tak tahu "Bila Nak Jual".



Lebih parah lagi, kegagalan mengurus modal kewangan untuk mempraktikkan konsep ini, akan menyebabkan mereka tidak tahu "Berapa Banyak Nak Beli". Justeru, bila harga Emas tiba-tiba turun, belian pertama dengan jumlah yang paling bayak digadaikan dan digunakan untuk membuat belian tambahan ketika harga rendah. Bila turun lagi, ia digadaikan lagi menyebabkan lama kelamaan belian pada harga paling rendah semakin kecil. Ini membuatkan pelaburan Emas fizikal yang sepatutnya tidak menggunakan Margin Equity, kini menjadi pelaburan yang menggunakan Margin Equity dan setiap kali harga Emas turun, Equity mereka semakin susut!

Kegagalan mengurus modal kewangan dalam konsep ini juga mengakibatkan ramai yang tidak tahu "Berapa Banyak Nak Jual". Biasanya mereka akan menjualkan kesemuanya sekaligus, dan kesannya mengakibatkan persoalan pada B yang ke lima iaitu;

"Bila Nak Beli Semula", kerana bila semuanya telah dijual, dan harga terus menerus naik, maka mereka bukan sahaja tiada untung jika ingin membeli lagi, bahkan mereka perlu menambah wang lagi untuk membeli dalam kadar yang sama seperti sebelumnya.

Bukan itu sahaja, "Bila Nak Beli Semula" juga sangat mengelirukan dalam situasi harga Emas sedang turun. Kebanyakan pelabur membeli semula setiap kali harga Emas turun RM1, RM2 dan RM3, menjadikan bila harga menjunam turun sampai RM50, mereka dah kehabisan modal untuk membeli lagi.


No comments:

Post a Comment